20 Februari 2014 - 20:30
Dua Syiah maut dalam serangan rejim Al Saud (+18)

Dua penduduk terbunuh dalam serangan ejen Al Saud di kawasan penduduk Syiah Awwamiya, Timur Arab Saudi setelah cedera parah ditembak.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pasukan keselamatan Arab Saudi melakukan serangan di kawasan penduduk Syiah kota Awwamiyah sehingga menyebabkan dua pemuda terbunuh.Insiden pagi Khamis ini dikatakan sengaja disembunyikan dari liputan media.

Husain Ali Madani terbunuh serta merta setelah ditembak dari jarak dekat. Selain itu Ali Ahmad Abdul Rahim terbunuh akibat ditembak polis rejim.Saksi-saksi berkata, polis rejim menyerang kawasan terbabit sambil menggertak penduduk.

...................